Nabi Muhammad dalam kitab suci Ummat BUDDHA

. Buddha meramalkan kedatangan seorang “Maitreya”:

A. Hampir semua kitab agama Buddha mengandungi ramalan ini. Di dalam
Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. 111, 76:



Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha
yang dikenali dengan nama Maitreya (baik dan murah hati). Maitreya ini
ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang
dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam
ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan
sebarkan risalah ini keseluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama
beliau yang agung ini daripada awal hingga keakhir. Buddha berkata
bahawa Maitreya ini akan memperkanalkan satu cara hidup yang sempurna
dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut
Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku (Buddha)”.
 

B. Di dalam buku ini (Sacred Books of the East jilid 35 muka surat 225

Aku
bukanlah satu-satunya Buddha sahaja. Selepas aku akan lahir seorang
Buddha lagi yang dikenali dengan nama Maitreya. Dia akan memiliki
banyak sifat-sifat yang mulia dan utama. Kalau anak murid aku
beratus-ratus anak murid, Maitreya tersebut beribu-ribu.”

C. Satu Iagi ramalan tentang Maitreya (Kitab Agama Buddha oleh Carus muka surat 217 dan 218-dari negara Ceylon (Sri Lanka). Ananda (anak murid Buddha) bertanya kepada Gautama Buddha, `Siapakah akan mengajar kita semua selepas kamu meninggalkan kami?

Gautama Buddha menjawab:

Saya
bukanlah Buddha yang pertama atau yang akhir yang didatangkan ke dunia
ini. Selepas aku seorang Buddha lagi akan dihantar ke dunia ini. Dialah
seorang yang kudus atau suci, yang mempunyai kesedaran yang tinggi,
yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, mempunyai akhlak yang baik, yang
mengenali alam ini, pemimpin manusia yang bijaksana, yang dikasihi oleh
malaikat dan makhluk lain. Dia akan mengajar kepada kamu semua satu
agama atau kebenaran yang kekal abadi serta yang terpuji. Agama yang
diajar oleh Buddha ini akan menjadi satu cara hidup yang sempurna dan
suci. Kalau anak murid aku beratus-ratus tetapi anak murid Buddha ini
ialah beribu-ribu.”
 

Ananda bertanya lagi, ‘Bagaimana kami hendak mengenali Buddha ini ?’

Jawab Gautama Buddha: “Dia akan dikenali dengan gelaran Maitreya.” 

>Perkataan `Maitreya’ di dalam
bahasa Sanskrit atau “Metteyya” di dalam bahasa Pali bererti dia yang
memiliki sifat kasih sayang, belas kasihan, baik atau murah hati. Ia
juga membawa makna seseorang yang pemurah dan mesra. Satu perkataan
Arab yang membawa erti segala sifat yang tersebut ialah ‘Rahmat’. Di
dalam Al-Quran (Surah Al Anbiyaa, Surah 21 ayat 107)

“Dan tiadalah Kami (Allah) mengutus kamu (Muhammad),melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”

Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) dipanggil dengan gelaran “dia yang bersifat kasih sayang atau rahmat atau ‘Maitreya’.

>Perkataan Belas Kasihan dan dia yang Bersifat Belas Kasihan disebut di dalam Al-Quran tidak kurang daripada 409 kali.

>Tiap-tiap Surah di dalam AI Quran bermula
dengan perkataan yang amat indah sekali iaitu “Bismillah Hir-Rahman
Nir-Rahim” yang bererti “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang’.
Hanya Surah At Taubah (Surah 9) tidak bermula dengan perkataan Bismillah

>Perkataan Muhammad ada juga di eja “Mahamet”
atau “Mahomet” atau ejaan yang lain dalam berbagai bahasa. Perkataan
“Maho” di dalam bahasa Pali dan “Maha” di dalam bahasa Sanskrit bererti
sangat baik atau besar atau sangat mulia dan masyhur dan perkataan
“Metta” bererti belas kasihan. Maka perkataan “Mahamet” atau ”Mahomet”
bererti Belas Kasihan Yang Amat Besar.

2. Ajaran agama Buddha untuk semua lapisan masyarakat:

Mengikut buku Sacred Books of the East, jilid 11, muka surat 36 Maha-Parinibbana Sutta Bab 2 Ayat 32:

Buddha pernah menyebut “Saya sudah menyampaikan keseluruhan agama
saya yang benar kepada semua lapisan masyarakat. Wahai Ananda, (anak
murid beliau) seorang Tathagata tidak menyimpan sesuatu kebenaran
tetapi dia akan sebarkan atau mengajar keseluruhan agama itu.

Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) diperintah oleh Allah Tuhan
yang Maha Berkuasa untuk menyampaikan keseluruhan agama Islam kepada
semua lapisan masyarakat tanpa menyimpan atau menyembunyikan sesuatu
kebenaran. Hatta daripada zaman Nabi (Salawatu Alai Wasalam) hingga ke
hari ini dan seterusnya Al-Quran dibaca dan di ajar secara terbuka.
Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) dengan tegas melarang sesuatu
ajaran agama itu disembunyikan.

3. Anak Murid Dan Khadam Yang Setia Kepada Buddha:

Mengikut buku Sacred Books of the East, jilid 11 muka surat 97 Maha-Parinibbana Sutta Bab 5 Ayat 36:

“Di dalam satu syarahan Gautama Buddha memberi
tahu kepada pengikut beliau, bahawasanya semua Buddha dahulu memiliki
anak murid dan khadam yang amat setia kepada mereka. Anak murid dan
khadam yang amat setia kepadaku sekarang ialah Ananda. Seterusnya
Buddha yang akan datang pun akan ada anak murid dan khadam yang amat
setia kepada mereka”.

Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) pun memiliki seorang anak
murid dan khadam yang amat setia. Beliau ialah Anas bin Malik (R.A)
yang dihadiahkan oleh keluarga beliau kepada Nabi Muhammad (Salawatu
Alai Wasalam) semasa Anas (R.A) berumur 8 tahun. Nabi Muhammad
(Salawatu Alai Wasalam) amat mengasihi Anas dan mengangap Anas sebagai
anak Baginda sendiri. Anas (R.A) sentiasa mendampingi Nabi (Salawatu
Alai Wasalam) mahupun masa senang atau susah, masa perang, atau masa
damai sampai Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) wafat.

>Di dalam peperangan Uhud nyawa Nabi
dalam keadaan bahaya dan Nabi hampir dibunuh.Walaupun begitu Anas tetap
dengan Nabi.Umurnya di masa itu hanya 11 tahun sahaja.

>Dalam peperangan Hunain Nabi
Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) dikepong oleh musuh yang terdiri
daripada pemanah dan nyawa Baginda (Salawatu Alai Wasalam) terancam
tetapi Anas (R.A) walaupun berumur 16 tahun tetap bersama Nabi
(Salawatu Alai Wasalam).

Peristiwa yang tersebut di atas membuktikan bahawa Anas (R.A) ialah
seorang anak murid dan khadam yang benar-benar setia kepada Nabi
Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) sama seperti Ananda kepada Gautama
Buddha. Di dalam satu peristiwa Buddha di serang oleh seekor gajah yang
gila. Walaupun demikian Ananda tetap bersama Buddha.

4. Enam Kriteria Untuk Mengenali Buddha:

Mengikut Kitab Agama Buddha yang di tulis oleh Carus, muka surat 214:

“Buddha pernah berkata: “Terdapat dua peristiwa di mana rupa
Tathagata (Buddha) akan jadi amat cerah. Peristiwa yang pertama ialah
di waktu malam bila mana beliau sudah sampai ke tahap yang paling
tinggi dari segi rohani (Nirvana). Peristiwa yang kedua ialah pada
malam Buddha meninggal dunia yang fana ini (dia mati)”.

Mengikut Gautama Buddha ada enam kriteria untuk mengenali seorang Buddha:

>Seorang Buddha akan mencapai tahap yang paling tinggi dari segi rohani (Nirvana) di waktu malam.

>Di waktu dia mencapai Nirvana rupanya akan menjadi amat cerah.

>Seorang Buddha akan meninggal dunia atau mati dengan sebab yang biasa (natural death).

>Seorang Buddha akan meninggal dunia di waktu.malam.

>Sebelum kematian rupanya akan menjadi amat cerah.

>Selepas kewafatan,seorang Buddha tidak akan wujud atau ada di alam dunia ini lagi.

>>
Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) mencapai darjat yang paling
tinggi di waktu malam bila mana Baginda (Salawatu Alai Wasalam) di
lantik menjadi seorang Rasul.
Daripada Al-Quran (Surah Dukhan - Surah 44 Ayat 2-3):“Demi
Kitab (Al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya Kami (Allah)
menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah
yang memberi peringatan”.
 Mengikut satu lagi ayat daripada Al-Quran (Surah Al Qadr (Kemuliaan) Surah 97 Ayat 1).“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan”

>>Semasa
Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) di lantik menjadi seorang Rasul
baginda merasa dirinya dan kefahamanya dipenuhi dengan cahaya rohani.

>>Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) wafat atau meninggal dunia dengan sebab yang biasa (natural death).


>>Mengikut Siti Aisyah (R.A) Nabi Muhammad (Salawatu Alai
Wasalam) wafat atau meninggal dunia di waktu malam. Malam kewafatan
Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) tidak ada minyak lampu di
rumahnya. Hatta Siti Aisyah (R.A) terpaksa meminjam sedikit minyak
untuk menyalakan lampu.

>>Mengikut
Anas (R.A) (Anak murid dan khadam setia kepada Nabi) malam kewafatan
Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) rupa Nabi (Salawatu Alai Wasalam)
amat cerah sekali.

>>Selepas pengkebumian Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) (jasadnya) tidak dilihat lagi di alam dunia ini.

5. Semua Buddha adalah Pendakwah atau memberi Peringatan:

Mengikut Dhammapada (Sacred Books of East, jilid 10 muka surat 67)
 “Semua Jathagatas (Buddha) adalah Pendakwah atau memberi peringatan”.Dalam Al Quran Allah (SubhanAllah Wa Taala) menyebut tentang Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam).“Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka” (Al-Quran, Surah Al-Ghaasyiyah, (Surah 88 Ayat 21-22).6. Ramalan Gautama Buddha Untuk Mengenali Seorang Maitreya:

Mengikut Dhammapada, Mattaya Sutta, 151:
 Maitreya yang di tunggu akan memiliki sifat-sifat yang terpuji seperti yang tersebut dibawah:
>Perasaan belas kasihan untuk semua makhluk.> Seorang utusan keamanan dan seorang pendamai.

>Yang paling berjaya di alam ini. Maitreya sebagai pendakwah moral adalah:

>>Seorang yang sentiasa bercakap benar
>>Yang berbudi bahasa.
>>Yang bersifat lemah lembut dan dari keturunan bangsawan.
>>Tidak sombong atau angkuh.
>>Sebagai raja atau pemimpin kepada makhluk.
>>Sebagai contoh ikutan (dalam amalan dan perkataan atau percakapan) untuk semua manusia. 
 

(http://www.saba-islamic-media.com)

2 Responses to “Nabi Muhammad dalam kitab suci Ummat BUDDHA”

  1. Spaxaxeplay Says:

    Funny foto here

  2. kebenaran Says:

    Buddha adalah seseorang yang telah sadar dan yang telah mencapai nibbana, muhamad bukanlah buddha maitreya, ciri-ciri untuk mengenali buddha diatas tidaklah benar karena didalam kitab suci lainnya tidak menyatakan demikian, buddha maitreya tidak akan muncul didunia ini sebelum ajaran buddha gautama telah dilupakan manusia, dan buddha ajarannya tetap sama dari buddha yang lampau, sekarang dan maupun yang akan datang, dan seorang buddha memiliki 32 tanda manusia agung…setiap buddha memiliki aura emas yaitu tubuhnya bercahaya emas cermelang. pertanyaanya apakah ajran nabi muhamad sama dengan ajaran buddha? ajaran buddha sekarang masih dikenal dan belum dilupakan oleh manusia? bahkan jaman sekarang masih ada bhikkhu atau umat awam yang masih mencapai tingkat kesucian..apakah mungkin buddha sekarang akan munculll?… hiduplah dengan perdamaian dan jangan mengklaim suatu ajaran yang murni, bila itu baik jalankanlah.. ajran buddha dibabarkan adalah untuk kesejahteraan mahluk lain tanpa diskriminasi bukan untuk mencari banyak umat… sie good bye.. mari kita demo kebajikan dan kesejahteraan untk semua mahluk yang ada di alam semesta tanpa diskriminasi dan kekerasan.. semoga semua mahluk, hidup berbahagia….

Leave a Reply